Benarkah Cinta Itu Menyakitkan.


Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang berkata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang berkata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang berkata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenarnya.

Bagi yang mengatakan bahwa cinta itu menyakitkan, ia memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Dia boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru saja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tdk benar, ini tdk benar. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keret api dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sembarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya berhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Single Post Navigation

Komentar ditutup.

%d blogger menyukai ini: